Thursday, February 15, 2007

aku Vs. merah jambu...

Kegilaanku pada warna pink sdh tidak boleh di sangkal lagi...dari harta sekecil-kecil kuman hinggalah sebesar gajah, semuanya mesti berkonsep kan pink...dari semurah-murah pemadam lima posen hinggalah semahal kereta peroduaku, mesti ada berbaur warna pink...apakah aku sdh naik gila dengan pink??? apa yang seronoknya dengan pink??? argh, soalan yang sehingga kini aku tidak tau jawapannya...Pink, gadis dan ayu....Ya, pink sering di kaitkan dengan watak gadis yang bersifat ayu...lemah lembut dan penuh sopan santun...tapi, adakah aku sorang gadis yang berwatak seperti itu??? biarpun berambut panjang ala teknik rebonding, namun aku sorang yang gemarkan kelasakan, sukakan aktiviti2 outdoor, terkenal dengan sifatku yang lincah dan kuat ketawa...ini kah sifat sorang gadis ayu yang sering di kaitkan dengan pink???? Jauh fikiran ku melayang memikirkan kaitan aku dgn PINK...mungkin semasa aku lahir, pink adalah warna pertama yang aku nampak...em, mustahil plak pasal di hospital kan semuanya berkonsepkan putih...atau mungkin orang yang pertama aku kenal adalah seorang yang bernama pink???? em, tapi sapa plak dalam keluarga aku bernama pink??? argh...pening ku pada pink kembali lagi...Apapun, pink dan aku tidak dapat di pisahkan lagi...di mana ada aku, di c2 ada warna PINK....i'm defenitely CRAZY in PINK...